Selepas dua tahun tertunda, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia kini kembali meneruskan pameran bergerak laterasi kewangan di Sabah dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam pengurusan kewangan berhemah.<br /><br />Pengarah Bahagian Muzium dan Hospitaliti, Noreen Zulkepli berkata, pameran selama enam bulan hingga April 2023 itu menjadikan Sabah lokasi kelima sejak pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015.